Sunday, January 4, 2009

Produk Keluaran MIRZA Farm

Buat masa sekarang, produk-produk keluaran MIRZA Farm adalah seperti berikut :-

1 - Benih Ikan Keli
a) Saiz 2.0 inci hingga 2.5 inci - Harga antara RM0.05 hingga RM0.08 bergantung kepada lokasi penghantaran dan kuantiti serta prospek bisnes masa hadapan.
b) Saiz 2.5 inci hingga 3.0 inci - Harga antara RM0.09 hingga RM0.12 bergantung kepada lokasi penghantaran dan kuantiti serta prospek bisnes masa hadapan.
c) Saiz 4 inci - Harga antara RM0.15 hingga RM0.18 bergantung kepada lokasi penghantaran dan kuantiti dan prospek bisnes masa hadapan.

2 - Lembu
a) Harga antara RM1500 hingga RM2300 bergantung kepada saiz lembu dan kuantiti belian serta lokasi penghantaran. Buat masa sekarang, MIRZA Farm mempunyai 40 ekor lembu yang telah cukup umur untuk akikah dan lokasi ladang adalah di Hulu Langat

3 - Kambing - Bebiri, Boer dan Feral
a) Harga runcit antara RM550 hingga RM700 bergantung kepada saiz, kuantiti dan lokasi penghantaran
b) Harga untuk belian borong dgn belian minima 20 ekor adalah RM480 hingga RM500 bergantung kepada kuantiti dan lokasi penghantaran
c) Buat masa sekarang, MIRZA Farm hanya menyimpan stok kambing yang telah cukup umur untuk akikah sahaja

4 - Daging Rusa Tempatan
a) Daging rusa yang ditawarkan berbentuk pack per kg atau seekor bulat dengan berat anggaran 40++ kgs
b) Harga runcit adalah RM35 hingga RM40 bergantung kepada kuantiti dan lokasi penghantaran
c) Harga untuk agen-agen jualan dengan pembelian minima 50kgs adalah antara RM23 - RM25 per kg

Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi :-
a) Email zainisuradi@yahoo.com
b) HP : 019-6696606 Zaini Bin Suradi

Berkenaan MIRZA Farm

MIRZA Farm adalah syarikat perseorangan yang ditubuhkan pada Disember 2007 bermatlamatkan pertanian, penternakan dan perikanan.

Idea dan perancangan penubuhan MIRZA Farm bermula semenjak 2004 dan setelah mengenalpasti segala aspek masa depan, masalah, kebaikan dan keburukannya, empunya MIRZA Farm terus bertekad untuk merealisasikan idea tersebut dan menjadi kenyataan pada Disember 2007.

Hasil dari penat lelah dari Januari 2008 hingga Oktober 2008, lokasi projek yang asalnya hutan telah diterangkan, daripada tiada pekerja hinggalah ada 3 org pekerja buat masa sekarang.

Hasil dari penat lelah selama 10 bulan, MIRZA Farm yang terletak di KM 4, Jalan Hulu Yam Baru (berdekatan resort The Rock), telah berjaya dibangunkan.

Pada masa sekarang, MIRZA Farm mempunya infrastruktur seperti berikut :-
a) Sebuah rumah pekerja
b) Sebuah kandang kambing 24 kaki x 80 kaki
c) 20 buah kolam simen berukuran 10 kaki x 30 kaki dan 8 kaki x 12 kaki